Wednesday, 21 October 2015

PENGERTIAN DAN CARA KERJA ROUTER





Gambar diatas merupakan salah satu contoh router iaitu Cisco 2900 series yang merupakan router dengan spesifikasi sederhana di mana ia mempunyai slot-slot tambahan(option) yang boleh ditambah mengikut keperluan dan servis yang diperlukan dalam sesuatu rangkaian.





Router adalah device network yang digunakan untuk menghubungkan beberapa network, baik network yang sama mahupun berbeza dari segi teknologinya seperti menghubungkan network yang menggunakan topologi Bus, Star dan Ring.  Router minimal memiliki 2 network interface. Perhubungan antara dua network yang berbeza (network dengan subnet IP yang berbeza) hanya boleh dilakukan dengan bantuan Router. Mari kita lihat apa pengertian router dan cara kerja router...




PENGERTIAN ROUTER

Router adalah sebuah alat yang mengirimkan paket data melalui sebuah rangkaian atau Internet menuju lokasinya, melalui sebuah proses yang dikenal sebagai ROUTING. Proses routing terjadi pada lapisan 3 (Lapisan rangkaian seperti Internet Protocol) dari stack protokol 7 Layer OSI.

Router berfungsi sebagai penghubung antara dua atau lebih rangkaian untuk meneruskan data dari satu rangkaian ke rangkaian lainnya. Router berbeza dengan switch. Switch merupakan penghubung beberapa perkakasan rangkaian untuk membentuk suatu Local Area Network (LAN).

Router sangat banyak digunakan dalam rangkaian yang menggunakan teknologi protokol TCP/IP, dan router jenis itu disebut juga dengan IP Router. Selain IP Router, ada lagi AppleTalk Router, dan masih ada beberapa jenis router lainnya. Internet merupakan contoh utama dari sebuah rangkaian yang memiliki banyak router IP.

Router dapat digunakan untuk menghubungkan banyak rangkaian kecil ke sebuah rangkaian yang lebih besar, yang disebut dengan internetwork, atau untuk membahagikan sebuah rangkaian besar ke dalam beberapa subnetwork  untuk meningkatkan prestasi rangkaian dan juga mempermudahkan pengurusan rangkaian. Router juga kadangkala digunakan untuk menghubungkan dua buah rangkaian yang menggunakan media yang berbeza (seperti router wireless yang dapat menghubungkan komputer dengan menggunakan teknologi wireless dan dalam masa yang sama membolehkan perhubungan komputer dengan kabel UTP), atau berbeza architecture rangkaian, seperti dari Ethernet ke Token Ring.

Router juga dapat digunakan untuk menghubungkan LAN ke sebuah sistem perhubungan yang lebih meluas seperti telekomunikasi leased line atau Digital Subscriber Line (DSL). Router yang digunakan untuk menghubungkan LAN ke leased line seperti T1, atau T3 disebut sebagai access server. Sementara itu, router yang digunakan untuk menghubungkan rangkaian tempatan ke sebuah servis DSL disebut juga dengan DSL router. Router-router jenis ini  umumnya memiliki fungsi firewall untuk melakukan penapisan paket berdasarkan alamat sumber dan alamat lokasi penghantaran paket tersebut, Sesetengah router tidak mempunya fungsi tersebut. Router yang memiliki fungsi penapisan paket disebut juga dengan packet-filtering router. Router umumnya akan block lalu lintas data yang dipancarkan secara broadcast sehingga dapat mencegah adanya broadcast storm yang mampu memperlahankan prestasi rangkaian.



CARA KERJA ROUTER

Fungsi utama Router adalah meghala laluan paket (informasi). Sebuah Router memiliki kemampuan Routing, maksudnya Router secara cerdas dapat mengetahui ke mana laluan perjalanan informasi (paket) akan dihantar, apakah ditujukan untuk host lain yang berada dalam network yang sama atau berada di network yang berbeza.

Jika paket-paket ditujukan untuk host pada network lain maka router akan meneruskannya ke network tersebut. Sebaliknya, jika paket-paket ditujukan untuk host yang berada dalam satu network yang sama maka router akan menghalangi paket-paket keluar



Ilustrasi mengenai cara kerja router ini dapat dilihat pada gambar diatas:-

Pada gambar diatas terdapat 2 buah network yang terhubung dengan sebuah router. Network sebelah kiri yang terhubung ke port 1 router mempunyai alamat network 192.168.1.0 dan network sebelah kanan terhubung ke port 2 dari router dengan network address 192.155.2.0
•    Komputer A mengirim data ke komputer C, maka router tidak akan meneruskan data tersebut ke network lain.
•    Begitu juga ketika komputer F mengirim data ke E, router tidak akan meneruskan paket data ke network lain.
•    Ketika komputer F mengirimkan data ke komputer B, maka router akan meneruskan paket data tersebut ke komputer B.

P/S: semoga dapat manfaat bersama ...



No comments:

Post a Comment

Popular Posts